Memo

Clean House!

Abd Rahim

Bagi ikan makan
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Pada firasatku, dapat kita fahami bahawa pihak kerajaan menitik beratkan dengan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walaupun aku bukan salah seorang AJK OSHA, tetapi ku perlu peka dan memahami langkah-langkah keselamatan di tempat kerjaku. Walaupun pada kebiasaan taklimat yang dibuat hanya pada AJK sahaja tetapi secara tidak langsung aku telah di dedahkan dengan pelbagai maklumat dan informasi tentang keselamatan dengan bantuan rakan sekerja. Salah seorang AJK dari organisasi ku telah berkongsi pengalaman ketika dia menyertai aktiviti ketika berlakunya kebakaran di sebuah balai bomba. Dia telah berjaya menamatkan sesi latihan dengan baik. Aktiviti yang dilakukan seperti latihan kebakaran, cara mengatasi mangsa-mangsa sekiranya ada yang gagal menyelamatkan diri, cara menggunakan pili air dengan betul dan sebagainya.

Menurut Dr,Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, keselamatan dan kesihatan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku kesan daripada kecuaian organisasi terhadap aspek keselamatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif kepada organisasi. Hal ini terbukiti berdasarkan peratus jumlah kadar kematian dan kecerderaan akibat kemalangan di tempat kerja yang disiarkan dalam akhbar sinar harian pada 29hb April 2011.

Pada pendapatku, pihak organisasi perlu peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerja untuk meyakinkan setiap pekerja-pekerja di dalam organisasi. Menurut pandangan aku juga, pihak majikan dan pekerja haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini bertujuan agar untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin. Selain daripada itu, aku juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal dan memantau aktiviti OSHA, ini akan dapat menghasilkan dan menunjukkan kesan positif ke arah keselamatan dan kesihatan organisasiku. Disamping itu, kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan diteruskan tanpa sekatan dan batasan masa.

Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan imej organisasi, di mana imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan kesan daripada usaha organisasi ke arah meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.

Tanggapanku lagi, oleh kerana kemalangan ini melibatkan manusia, maka manusia lah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Soalnya sekarang, ialah siapakah manusia itu? Adakah ia dari pihak kerajaan, majikan, pekerja atau masyarakat? Sekarang timbul persoalan akauntabiliti dan mengapa akauntibiliti itu penting.

Saya dapat tafsirkan dari persoalan tersebut, ia adalah berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat berikut;

i)     sikap mementingkan diri : seseorang akan merasakan impak sesuatu kemalangan dan peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai kepentingan kepada dirinya. Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga, kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali.
ii)      Fokus yang salah : Jika berlaku kemalangan persoalannya bukan untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang, tetapi fokusnya lebih kepada menentukan siapa yang membuat kesilapan.
iii)   Tidak memahami keselamatan : Bagi sebilangan majikan dan pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini bermakna pekerjaan mempunyai risikonya tersendiri.

Secara kesimpulannya, dapatku simpulkan bahawa untuk mencegah
berlakunya kemalangan perlu ada anjakan paradigma di dalam sifat dan
sikap manusia. Sifat dan sikap negative dan reaktif yang dahulunya
menjadi sesuatu yang lumrah, hakikatnya sekarang hendaklah diubah
menjadi budaya yang positif dan proaktif. Daripada sifat dan sikap yang
positif dan proaktif akan lahirlah budaya kerja selamat yang bukan digerak
dan dipandu oleh desakan pihak luar tetapi berpegang lebih kepada prinsip
tanggungjawab dan ingin mangatur diri sendiri.

Rujukan :

Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia. Selangor.Leeds Publications, hlm 241-277.

0 comments:

My Photo
Sharina Subir
View my complete profile

About

My Blog List

About Us

Pages

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

Thursday 26 April 2012 | Sharina Subir

Tags: | 0 fans said

0 fans said:

Post a Comment

hai,leave your comment here ^_^