Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang
bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan
tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi
syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan
dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan
dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta
ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari
Kementerian Sumber Manusia.
Pada firasatku,
dapat kita fahami bahawa pihak kerajaan menitik beratkan dengan pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walaupun aku bukan salah seorang AJK OSHA,
tetapi ku perlu peka dan memahami langkah-langkah keselamatan di tempat
kerjaku. Walaupun pada kebiasaan taklimat yang dibuat hanya pada AJK sahaja tetapi
secara tidak langsung aku telah di dedahkan dengan pelbagai maklumat dan
informasi tentang keselamatan dengan bantuan rakan sekerja. Salah seorang AJK
dari organisasi ku telah berkongsi pengalaman ketika dia menyertai aktiviti
ketika berlakunya kebakaran di sebuah balai bomba. Dia telah berjaya menamatkan
sesi latihan dengan baik. Aktiviti yang dilakukan seperti latihan kebakaran,
cara mengatasi mangsa-mangsa sekiranya ada yang gagal menyelamatkan diri, cara
menggunakan pili air dengan betul dan sebagainya.
Menurut Dr,Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun,
keselamatan dan kesihatan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang
semakin mendapat perhatian dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku
kesan daripada kecuaian organisasi terhadap aspek keselamatan dan kesihatan
telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif kepada organisasi. Hal
ini terbukiti berdasarkan peratus jumlah kadar kematian dan kecerderaan akibat
kemalangan di tempat kerja yang disiarkan dalam akhbar sinar harian pada 29hb
April 2011.
Pada pendapatku, pihak organisasi perlu peka terhadap isu
keselamatan dan kesihatan pekerja untuk meyakinkan setiap pekerja-pekerja di
dalam organisasi. Menurut pandangan aku juga, pihak majikan dan pekerja
haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini
bertujuan agar untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap
pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin. Selain daripada itu, aku
juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal dan memantau aktiviti
OSHA, ini akan dapat menghasilkan dan menunjukkan kesan positif ke arah
keselamatan dan kesihatan organisasiku. Disamping itu, kesedaran keselamatan
dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan diteruskan tanpa
sekatan dan batasan masa.
Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun
lagi, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan
imej organisasi, di mana imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan kesan
daripada usaha organisasi ke arah meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam
organisasi.
Tanggapanku lagi, oleh kerana kemalangan ini melibatkan
manusia, maka manusia lah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Soalnya
sekarang, ialah siapakah manusia itu? Adakah ia dari pihak kerajaan, majikan,
pekerja atau masyarakat? Sekarang timbul persoalan akauntabiliti dan mengapa
akauntibiliti itu penting.
Saya dapat tafsirkan dari persoalan tersebut, ia
adalah berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat
berikut;
i) sikap mementingkan diri : seseorang akan
merasakan impak sesuatu kemalangan dan peka serta mengambil berat terhadapnya
jika kemalangan itu mempunyai kepentingan kepada dirinya. Ini termasuklah
kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga, kenalan dan harta bendanya.
Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan itu jika ia melibatkan
orang yang tidak dikenali.
ii) Fokus yang salah : Jika berlaku kemalangan persoalannya
bukan untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan
yang serupa berulang, tetapi fokusnya lebih kepada menentukan siapa yang
membuat kesilapan.
iii) Tidak memahami keselamatan : Bagi sebilangan majikan
dan pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar
tidak wujud. Ini bermakna pekerjaan mempunyai risikonya tersendiri.
Secara kesimpulannya,
dapatku simpulkan bahawa untuk mencegah
berlakunya kemalangan perlu ada anjakan
paradigma di dalam sifat dan
sikap manusia. Sifat dan sikap negative dan
reaktif yang dahulunya
menjadi sesuatu yang lumrah, hakikatnya sekarang
hendaklah diubah
menjadi budaya yang positif dan proaktif. Daripada sifat dan
sikap yang
positif dan proaktif akan lahirlah budaya kerja selamat yang bukan
digerak
dan dipandu oleh desakan pihak luar tetapi berpegang lebih kepada
prinsip
tanggungjawab dan ingin mangatur diri sendiri.
Rujukan :
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun,
2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia. Selangor.Leeds Publications, hlm
241-277.
0 comments:
Post a Comment