Memo

Clean House!

Abd Rahim

Bagi ikan makan
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Aku...

Knock! Knock! Knock!
Selalu sahaja kita terbaca di mana-mana sumber penulisan atau terdengar orang di sekeliling kita bercakap "Tak kenal,maka tak cinta". Adakah ungkapan atau pernyataan ini bererti apbila mengenali seseorang atau sesuatu, hati terus terpaut dan perasaan cinta terus berkembang mekar?? Mungkin ya, mungkin tidak...
Jika jawapan yang anda berikan "YA", maknanya anda telah merasai bagaimana perasaannya jatuh cinta pada pandangan pertama...tetapi jika jawapan yang diberikan sebaliknya, bererti bukan jodohlah namanya...

STOP!!!

Sebenarnya bukan CINTA yang menjadi pokok persoalan dalam penulisan ini…tapi sekadar ingin memperkenalkan diri…iyalah…kan selalu disebut-sebut tentang “Tak kenal maka tak cinta” tu… Jadi ada baiknya kita berkenal-kenalan dulu…mana tahu boleh jatuh cinta..hehehe…PERASAN!!

Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk menerbitkan blog sendiri…tapi persoalan yang selalu bersarang di kepala saya ialah apa konsep yang akan saya ketengahkan.

Ini lah kali pertama saya membuat blog pendidikan, dan rasa agak mencabar minda dan otot saya kerana apa yang ingin dikongsikan haruslah berdasarkan fakta yang benar. Paling penting, blog ini dibuat hanya sekadar untuk berkongsi informasi….Bukan blog yang hendak komplen kerajaan… Jauh sekali kalau mahu dapatkan bahan-bahan lucah (maaf)…kalau lucu tu mungkin ada jugalah…dan InsyaAllah saya akan cuba jadikan blog ini sebagai sumber informasi, pendidikan, hiburan dan juga perkongsian…Jadi yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan mana-mana yang tidak baik itu adalah disebabkan kelemahan saya sendiri…

CHOP!!!
Ok sebelum saya membebel lagi tiba masanya saya nak memperkenalkan tuan empunya blog ni. Mak Ayah saya telah memberikan nama yang indah untuk saya, Sharina Binti Subir (bestkan nama tu..hehehe perasan lagi)...ketika ini saya berusia 30 tahun dan bekerja di sebuah institusi perbankan antarabangsa di Kuala Lumpur. Saya baru saja bertukar angin di perbankan yang lain kerana ingin mencari pengalaman yang baru dan yang paling penting mestilah disebabkan tawaran gaji dan pangkat yang tinggi. Disamping itu juga saya merupakan pelajar sambilan di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan ijazah sarjana muda sumber manusia dan kini berada dalam tahun akhir. Banyak cabaran yang saya lalui, yelah bukan senangkan setelah penat bekerja selama lima hari, hari Sabtu Ahad lah untuk kita berehat bersama keluarga, tetapi saya pula perlu berada di dalam kuliah untuk melengkapkan ijazah saya. Satu pengorbanan yang besarkan, nasib baik suami memahami dan menyokong..i love u Mr Rahim...

Selain bekerja saya kini telah melibatkan diri dalam business kecil-kecilan dengan menjual Layer Cheese. Tengok saja gambar ni anda sebagai pembaca pasti akan terliur kan?? So apa lagi buat lah tempahan. He3....

Alhamdulillah sedikit demi sedikit rakan-rakan telah mengenali Layer Cheese saya ini dan memberi sokongan. Nak cari duit lebih semuanya saya sanggup lakukan demi masa depan keluarga. Saya pernah terbaca juga orang yang berbintangkan Aquarius ni mempunyai sifat yang kreatif dan suka membuat pekerjaan yang lebih dari satu. Dan saya rasa saya tergolong dalam lingkungan itu. Terima kasih Allah dengan keistimewaan yang diberikan.

Baiklah cukup tentang peribadi saya, seterusnya saya ingin menjalankan tugas untuk berkongsi dengan pembaca sedikit info tentang Sistem Maklumat Sumber Manusia. Harap dapat membantu kalian semua dalam pencarian tentang topik ini jika ia berkaitan.

0 comments:

My Photo
Sharina Subir
View my complete profile

About

My Blog List

About Us

Pages

Aku...

Thursday 26 April 2012 | Sharina Subir

Tags: | 0 fans said

0 fans said:

Post a Comment

hai,leave your comment here ^_^