Memo

Clean House!

Abd Rahim

Bagi ikan makan
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pengambilan dan Pemilihan Pekerja

Pengambilan ialah proses mengisi kekosongan kerja dengan menempatkan calon-calon yang sesuai. Barangkali tiada fungsi lain yang lebih penting sebagai penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi selain proses pengambilan. Kegagalan untuk melatih calon yang sesuai mungkin menyebabkan tahap pusing ganti kerja yang tinggi, pembuangan sejumlah besar pekerja, peningkatan kos latihan dan pelbagai masalah lain. Secara keseluruhan, pemgambilan berkait rapat dengan proses meramal prestasi masa hadapan.

Sebelum proses pengambilan bermula, jabatan sumber manusia harus memastikan sama ada organisasi benar-benar memerlukan kakitangan baru. Kekosongan yang diwujudkan oleh seseorang pekerja yang telah meletakkan jawatan atau dipecat tidak semestinya dipenuhi. Kemungkinan beban kerja pekerja tersebut boleh diagihkan kepada pekerja-pekerja yang masih ada dan dengan itu proses pengambilan dapat dielakkan dan menjimatkan kos dan tenaga.

Bagaimana analisis kerja dijalankan? Terdapat beberapa sumber maklumat berpotensi yang boleh digunakan untuk menjalankan analisis kerja, iaitu penyelia bagi pekerja yang memegang jawatan tersebut dan pekerja-pekerja yang sedang melakukan kerja yang serupa. Pengumpulan maklumat tentang sesuatu kerja boleh dilakukan melalui temu duga, soal selidik dan pengamatan. Hasil data terkumpul daripada analisis kerja ialah penulisan huraian kerja dan spesifikasi individu.

Kepentingan perancangan dan pengambilan sumber manusia ia memenuhi keperluan tenaga kerja dan memenuhi tuntutan peraturan dan undang-undang. Selain itu juga ia mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia.

Kaedah yang diperolehi terbahagi kepada dua iaitu dalaman dan luaran. Di dalam konteks dalaman terdiri daripada kenaikan pangkat, jawatan kosong, inventori kemahiran, pembidaan pekerja dan rujukan pekerja. Manakalan konteks luaran pula terdiri daripada pengrekrutan di sekolah, kolej dan universiti, pengiklanan, agensi pekerja awam atau swasta, permohonan terus seperti “walk in interview” atau “write in” dan persatuan profesional.

Masing-masing ada kebaikan dan keburukannya dalam proses pengambilan sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Apa yang saya faham dan saya dapat gambarkan hasil daripada pemerhatian di tempat kerja, ternyata hasil dalaman lebih mempengaruhi daripada luaran kerana pekerja lebih serasi dan mengenali sesama organisasi, dapat mengurangkan kos pengambilan dan latihan, meningkatkan semangat dan dorongan dan keberangkalian untuk berjaya lebih senang dan tinggi kerana penilaian adalah lebih baik. Luaran juga ada kebaikannya juga seperti lebih banyak idea dan pendekatan baru diperkenalkan dan memperolehi individu yang berkebolehan dan kemahiran yang lain dari yang lain hasil daripada pengalaman kerja mereka yang lama, disamping itu boleh berkongsi idea yang baik.

Ibrahim (2008) menyatakan bahawa pengrekrutan adalah satu terminologi yang menyeluruh, yang menjelaskan satu proses bagi menetukan keperluan untuk mengambil pekerja baru, mengenalpasti di mana calon pekerja baru itu berada dan berusaha untuk menarik mereka supaya memohon untuk mengisi jawatan kosong.

Mengrekrut dalam laman web adalah amalan biasa organisasi korporat dalam ekonomi digital hari ini. Keadaan persekitaran ekonomi yang global pada hari ini menghendaki organisasi merangka strategi dan amalan yang membawa kepada kelebihan dalam persaingan. Ini dapat dilakukan dengan merangka strategi pengambilan terbaik. Dapat juga mengatasi masalah kekurangan dan lebihan tenaga buruh serta menjimatkan kos pengambilan. Selaras dengan perkembangan teknologi baru dan persaingan globalisasi semasa, Kerajaan Malaysia kini juga telah menyediakan laman web untuk memudahkan pencari kerja yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah terbuka sepanjang tahun dan calon akan dipanggil untuk temuduga dan ujian kecekapan serta bakat berdasarkan keperluan jawatan semasa. Oleh itu, pencari-pencari kerja hanya perlu mengisikan maklumat diri dan jawatan yang dipohon berdasarkan kelayakan akademik dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini akan dipanggil sekiranya terdapat keperluan tenaga kerja dan kekosongan jawatan dalam kerajaan Malaysia.

Pengambilan dan perjawatan menyediakan rangka kerja keseluruhan bagi proses perancangan, merekrut, memilih dan mengambil pekerja-pekerja. Matlamat pengambilan dan perjawatan adalah untuk mengenalpasti keupayaan, kebolehan dan multitasking yang benar-benar boleh membawa keuntungan kepada organisasi. Pengambilan Sumber Manusia adalah proses mengenal pasti keperluan untuk pekerja baru dan kemudian, mencari, menemuramah, serta pengambilan pekerja yang sesuai. Misalannya Syarikat IBM menggunakan perisian penjejakan pekerja dan sistem maklumat sumber manusia. Ternyata kini banyak organisasi yang mengetahus akan kepentingan teknologi baru, sistem maklumat sumber manusia, dan keselamatan data.

Rujukan :
  1. HRMIS – Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Malaysia Abad ke-21. Artikel Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2011)
  2. Utusan Malaysia (12.2.2009)

0 comments:

My Photo
Sharina Subir
View my complete profile

About

My Blog List

About Us

Pages

Pengambilan dan Pemilihan Pekerja

Thursday 26 April 2012 | Sharina Subir

Tags: | 0 fans said

0 fans said:

Post a Comment

hai,leave your comment here ^_^