Memo

Clean House!

Abd Rahim

Bagi ikan makan
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Teknologi Dan Pembelajaran Dan Pembangunan Pekerja (ELD)

Pembangunan kerjaya merupakan pendidikan formal iaitu suatu latihan yang dapat meningkatkan kerjaya seseorang dalam sebuah organisasi. Contohnya kursus Pemantapan Jati Diri. Dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan kualiti pekerja. Dengan adanya pembangunan kerjaya ia dapat membantu pekerja pada masa akan datang iaitu contohnya diri seseorang itu tidak mahir berkaitan dengan akaun, maka selepas menghadiri kursus tentang akaun, pekerja tersebut menjadi mahir dan mampu melaksanakan tugas dengan lebih produktif lagi. Dengan adanya pembanguna kerjaya, pekerja tersebut dapat meningkatkan pengetahuan dan prestasi kerja. Citrin, James M and Smith, Richard A (2003).

Di sini saya dapat kaitkan dengan penyata di atas bahawa HRIS adalah sebuah perisian yang mengendalikan sistem data pekerja seperti data peribadi pekerja, cuti, kursus yang dihadiri atau apa sahaja yang melibatkan maklumat pekerja. Dengan perisian ini dapat membantu organisasi mencari maklumat-maklumat pekerja dengan mudah, teratur dan menjimatkan masa. Dengan adanya maklumat tersebut sedikit sebanyak dapat membantu organisasi membuat pilihan terhadap pekerja mereka dalam menjalani latihan mengikut prestasi, jawatan dan tugas yang di sandang.

Menurut Certo (2000) “states that the purpose of training is to increase the producitivity of employees by influencing their behaviours. Training can be define as a method used to give new or present employees the skills required to perform their jobs.” 

Mengikut kefahamanku, Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja bermaksud bahawa kebanyakan ataupun setiap latihan yang diberikan oleh pihak oganisasi mempunyai tujuan yang tersendiri. Setiap latihan yang disediakan oleh setiap organisasi adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan juga untuk  menpengaruhi kelakuan ataupun tingkahlaku pekerja terbabit. Setiap program latihan terbabit telah memberikan kesan positif kepada aku kerana melalui setiap latihan tersebut bukan sahaja pergi untuk mendapat pengetahuan bahkan aku juga dibayar dan diberikan elaun perjalanan dan makanan dan minuman.

Pada pendapat saya juga, sistem ELD dapat membawa kepada pembangunan kerjaya pekerja melalui kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi yang akan membuka peluang kepada kakitangan bawahan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan lebih kanan. Misalnya, organisasi melihat akan pencapaian, kesetiaan, kemahiran dan pengetahuan seseorang individu untuk meluluskan kenaikan pangkat ataupun untuk kenaikan gaji tahunannya. Pembangunan kerjaya yang tersusun dan terancang dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dan baru dalam diri kakitangan organisasi. Sistem ELD juga melaksanakan penialaian prestasi secara berkala dengan mengambil kira tempoh-tempoh tertentu. Ini bagi memastikan tahap kesediaan pekerja sentiasa berada pada tahap yang cemerlang  dan dengan motivasi yang tinggi untuk bekerja.

Banyak yang aku telah mempelajari bahawa melalui latihan yang diikuti aku mampu untuk meningkatkan prestasi pekerja yang lemah dan memastikan bahawa mereka perlu meningkatkan prestasi mereka selepas kembali daripada latihan. Di samping itu, pengunaan teknologi untuk mendaftar kursus latihan yang lebih canggih yang telah disediakan boleh juga dikemaskini dengan mudah oleh organisasi dan mendapat pekerja tanpa berbuat secara manual dengan menghantar senarai bulanan kursus latihan yang ditawarkan kepada seluruh jabatan dalam sesebuah organisasi. Menurut Hannah (2011), sistem ini telah membawa banyak manfaat untuk organisasi dan pekerja itu sendiri kerana sistem layan diri membuatkan pekerja dapat melakukan penilaian dan pembangunan diri mereka sendiri.
       
Melalui penggunaan sistem latihan secara sistem ini juga amat memudahkan aku untuk menyemak sebarang jenis latihan yang boleh aku pilih untuk diikuti selain ianya juga memudahkan urusanku untuk mengetahui berapa jam yang telah aku gunakan untuk menghadirikan diri ke setiap latihan. Selain itu, mereka turut boleh meningkatkan pembangunan interpersonal mereka melalui sistem ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga pekerja-pekerja senior yang tidak suka menggunakan sistem ini kerana berpendapat bahawa perubahan teknologi ini menyusahkan dan memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai kemahiram komputer selain ianya tidak sesuai dalam peringkat umur mereka untuk menghadirkan diri dalam setiap sesi latihan.

Dapat aku simpulkan bahawa dengan adanya sistem ini dapat meningkatkan kualiti kursus serta menjimatkan masa.

Rujukan :

  1. Citrin, James M and Smith, Richard A (2003), The 5 Patterns of Extraordinary Careers. New York : Crown Business.
  2. Ab Azizi Yusof, Mohd Subri Tahir dan Mohammad Ismail.2008.Human Resource Management a holistic approach.Shah Alam, Selangor.Arah Publications
  3. http://www.qou.edu/arabic/researchProgram/distanceLearning/roleWebBased.pdf

0 comments:

My Photo
Sharina Subir
View my complete profile

About

My Blog List

About Us

Pages

Teknologi Dan Pembelajaran Dan Pembangunan Pekerja (ELD)

Thursday 26 April 2012 | Sharina Subir

Tags: | 0 fans said

0 fans said:

Post a Comment

hai,leave your comment here ^_^