Memo

Clean House!

Abd Rahim

Bagi ikan makan
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pampasan Dan Perancangan Faedah

Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun pula, pampasan dan faedah boleh dinyatakan sebagai upah dan gaji ataupun cuti tahunan serta kemudahan yang disediakan oleh organisasi dan juga bidang pekerjaan itu sendiri. Mereka juga berpendapat bahawa semua bentuk pembayaran atau ganjaran yang diterima oleh setiap pekerja daripada majikan sebagai balasan kepada perkhidmatan yang telah diberikan.

Dari sini dapat aku nyatakan bahawa sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat dan mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi. Dengan ada nya pengurusan yang cekap dan baik akan meningkatkan imej sesebuah organisasi itu sendiri. Selain itu juga pampasan boleh ditakrifkan sebagai jenis bayaran yang diterima dari majikan.

Menurut June M.L. Poon, pengurusan sumber manusia pampasan pekerja ialah ganjaran penggajian yang penting sekali ia mempengaruhi sikap, kepuasan dan produktiviti pekerja. Justeru, aku sangat tertarik dengan pandangan beliau ini kerana setiap organisasi yang ingin mendapatkan dan mengekalkan pekerja berkelayakan dan berkebolehan pada masa yang sama perlu mewujudkan program pampasan yang menarik dan setara untuk menarik minat dan mengekalkan pekerja-pekerja terbabit.

Menurut June M.L. Poon lagu, setiap organisasi yang hendak memotivasikan pekerjanya agar berusaha mencapai prestasi kerja yang lebih tinggi harus menyediakan rancangan insentif yang menghubungkan pampasan dengan prestasi kerja. Organisasi juga perlu menyediakan faedah-faedah keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja. Pengalaman di tempat organisasi ku berkerja telah menawarkan insentif yang menarik seperti memberi bonus, opsyen saham dan pemilikan saham pekerja. Ini merupakan satu insentif yang menarik bagi semua pekerja sekali gus kita akan rasa dihargai dan ikhlas untuk meningkatkan prestasi dalam setiap tugas yang diberikan. Selain daripada itu, organisasiku juga menyediakan faedah seperti faedah persaraan dan insurans, faedah bayaran masa tidak bekerja seperti cuti tahunan, cuti sakit dan cuti ehsan kepada setiap pekerjanya.

Secara kesimpulannya dimana aku dapat tafsirkan dari kajian ini, strategi pekerjaan organisasi banyak bergantung kepada suasan pasaran buruh semasa. Suasana ini yang dipengaruhi oleh keadaan politik, sosial, ekonomi dan pembangunan teknologi akan meninggalkan kesan ke atas cara pengambilan pekerja yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Contohnya jika suasana pasaran begitu memberangsangkan, organisasi terpaksa bersaing dalam konteks kadar upah dan suasana yang ditawarkan. Penerangan ini lebih menumpukan kepada suasana kegawatan semasa disebabkan perancangan sumber manusia berlaku secara realistik. Organisasi akan mengamalkan dasar yang selamat seperti mengurangkan pekerja dan pemberian pampasan. Walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga organisasi yang membuang pekerjanya secara tidak beretika dan tidak berlandaskan undang-undang, namun ada juga organisasi yang mengadakan pelbagai skim alternatif kepada pengurangan pekerja serta memberikan pampasan yang sewajarnya seperti VSS iaitu skim berhenti secara rela dan pampasan yang akan diberikan dikira dari mula bekerja di organisasi supaya ia setimpal.

Rujukan :
  1. June M.L Poon, 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm126-155.
  2. http://www.co.apache.az.us/pdfs/HumanResources/SEC2.pdf
  3. http://fizziedotcom.blogspot.com/2008/01/pengurusan-dan-perancangan-sumber.html

0 comments:

My Photo
Sharina Subir
View my complete profile

About

My Blog List

About Us

Pages

Pampasan Dan Perancangan Faedah

Thursday 26 April 2012 | Sharina Subir

Tags: | 0 fans said

0 fans said:

Post a Comment

hai,leave your comment here ^_^