Menurut Dr.
Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun pula, pampasan dan faedah boleh
dinyatakan sebagai upah dan gaji ataupun cuti tahunan serta kemudahan yang
disediakan oleh organisasi dan juga bidang pekerjaan itu sendiri. Mereka juga
berpendapat bahawa semua bentuk pembayaran atau ganjaran yang diterima oleh
setiap pekerja daripada majikan sebagai balasan kepada perkhidmatan yang telah
diberikan.
Dari sini dapat aku nyatakan bahawa
sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat dan
mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi. Dengan ada nya
pengurusan yang cekap dan baik akan meningkatkan imej sesebuah organisasi itu
sendiri. Selain itu juga pampasan boleh ditakrifkan sebagai jenis bayaran yang
diterima dari majikan.
Menurut
June M.L. Poon, pengurusan sumber manusia pampasan pekerja ialah ganjaran
penggajian yang penting sekali ia mempengaruhi sikap, kepuasan dan produktiviti
pekerja. Justeru, aku sangat tertarik dengan pandangan beliau ini kerana setiap
organisasi yang ingin mendapatkan dan mengekalkan pekerja berkelayakan dan
berkebolehan pada masa yang sama perlu mewujudkan program pampasan yang menarik
dan setara untuk menarik minat dan mengekalkan pekerja-pekerja terbabit.
Menurut
June M.L. Poon lagu, setiap organisasi yang hendak memotivasikan pekerjanya
agar berusaha mencapai prestasi kerja yang lebih tinggi harus menyediakan
rancangan insentif yang menghubungkan pampasan dengan prestasi kerja.
Organisasi juga perlu menyediakan faedah-faedah keselamatan dan kesihatan
kepada setiap pekerja. Pengalaman di tempat
organisasi ku berkerja telah menawarkan insentif yang menarik seperti memberi
bonus, opsyen saham dan pemilikan saham pekerja. Ini merupakan satu insentif
yang menarik bagi semua pekerja sekali gus kita akan rasa dihargai dan ikhlas
untuk meningkatkan prestasi dalam setiap tugas yang diberikan. Selain daripada
itu, organisasiku juga menyediakan faedah seperti faedah persaraan dan
insurans, faedah bayaran masa tidak bekerja seperti cuti tahunan, cuti sakit
dan cuti ehsan kepada setiap pekerjanya.
Secara kesimpulannya dimana aku dapat tafsirkan dari kajian ini,
strategi pekerjaan organisasi banyak bergantung kepada suasan pasaran buruh
semasa. Suasana ini yang dipengaruhi oleh keadaan politik, sosial, ekonomi dan
pembangunan teknologi akan meninggalkan kesan ke atas cara pengambilan pekerja
yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Contohnya jika suasana pasaran begitu
memberangsangkan, organisasi terpaksa bersaing dalam konteks kadar upah dan
suasana yang ditawarkan. Penerangan ini lebih menumpukan kepada suasana
kegawatan semasa disebabkan perancangan sumber manusia berlaku secara
realistik. Organisasi akan mengamalkan dasar yang selamat seperti mengurangkan
pekerja dan pemberian pampasan. Walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga
organisasi yang membuang pekerjanya secara tidak beretika dan tidak
berlandaskan undang-undang, namun ada juga organisasi yang mengadakan pelbagai
skim alternatif kepada pengurangan pekerja serta memberikan pampasan yang
sewajarnya seperti VSS iaitu skim berhenti secara rela dan pampasan yang akan
diberikan dikira dari mula bekerja di organisasi supaya ia setimpal.
Rujukan :
- June M.L Poon, 2006.
Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm126-155.
- http://www.co.apache.az.us/pdfs/HumanResources/SEC2.pdf
- http://fizziedotcom.blogspot.com/2008/01/pengurusan-dan-perancangan-sumber.html
0 comments:
Post a Comment